eRa kEnCaNa

Antara nasib dan takdir adalah suatu yang lebih kurang sama. Mereka akan berubah hanya dengan doa kita dan dengan keizinan Nya...

KATA-KATA HIKMAH

di Monday, June 15, 2009
Newer Post Older Post Home

SELAMAT DATANG

Assalamualaikum, terima kasih kepada sesiapa yang mengunjungi laman ini.

Salam hormat;

Bersama-sama ini saya datangkan pelayar-pelayar atau dengan bahasa mudah laman-laman yang amat biasa di masuki untuk membuat aktiviti harian contohnya mengendali akaun bank, kwsp, berita terkini dan lain lain yang sememangnya terbiasa dengan kehidupan harian kita.

Saya rasa itu je kot. Tak nak ulas panjang-panjang, anda nilai lah sendiri.

Chow !!

Terima kasih.





Datang Lagi.


HAYATILAH KATA-KATA HIKMAH BAGI URUSAN HIDUP SEHARIAN

Kepentingan Akhlak Islam dalam Perkhidmatan Pelanggan Yang Berkualiti.


“Dan tuntutlah dengan kurniaan yang telah dilimpahkan Allah kepadamu itu kebahagian hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu ( keperluan dan bekalan ) dari dunia.”

( Surah al-Qasas, ayat 77 )


“Jika lelaki itu keluar dari rumahnya untuk mencari nafkah untuk anak-anaknya yang masih kecil, itu juga fisabilillah namanya. Mencari rezeki untuk kedua orang tuanya yang sudah tua, juga dinamakan fisabilillah. Mencari rezeki untuk dirinya supaya tidak meminta-minta juga dikira fisabilillah. Tetapi jika dilakukan kerana niat bongkak dan menunjuk-nunjuk, ia dikira sebagai fisabililissyaitan” ( mengikut jalan syaitan )”.

( HR: At-Thabarani )


“Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan ( keredhaan ) Allah dan ( balasan baik ) hari akhirat serta ia pula menyebut dan memperingati Allah banyak-banyak dalam masa susah dan senang”

( Surah Al-Ahzab: 21 )


“Sesunguhnya orang-orang yang takut kepada Tuhannya dalam keadaan tidak dilihat, mereka akan memperolehi ampunan dan pahala yang besar”.

( Al-Mulk:12 )


“Apakah ini, wahai pemilik makanan? Pemilik itu menjawab: “Terkena hujan, ya Rasullulah. Maka berkata Rasulullah: “Tidakkah kau sengaja mencampurkan sesuatu pada makanan itu sehingga orang-orang yang melihatnya akan tertarik? Barang siapa yang menipu kami bukanlah termasuk golongan kami”

( HR Muslim )


“Empat perkara, barang siapa yang ada di dalam dirinya, maka ia menjadi orang munafik dan barang siapa yang ada dalam dirinya satu di antara sifat yang empat itu, maka dalam dirinya ada sifat kemunafikan sehingga ia meninggalkannya; jika bercerita ia berdusta.”

( HR Bukhari, Muslim )


“Tidak halal bagi seseorang yang menjual barangannya kecuali ia tunjukkan cacat-celanya. Tidak halal pula bagi orang yang mengetahui cela barangan itu melainkan ia mesti menjelaskannya”

( RiwayatAl-Hakim dan Al-Baihaqi )


“Tempuhlah kejujuran walau pun kamu melihat bahaya di dalamnya kerana dalam kejujuran itu ada keselamatannya”

( HR. Ibnu Abi Dunya )


“Sifat yang baik itu tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang mempunyai keuntungan yang besar”

( Fushshilat: 35 )


“Sesungguhnya ramah-tamah ( lemah-lembut ) di dalam segala urusan akan menjadikan urusan itu indah. Tanpa sikap lemah-lembut pastilah semua urusan akan menjadi buruk.”

( HR Muslim )


“Serulah ke jalan Tuhanmu ( wahai Muhamad ) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka ( yang engkau serukan itu ) dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya Tuhanmu, dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalannya dan dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat petunjuk”

( Al-Nahl: 125 )


“Janganlah kamu meremehkan perbuatan makruf sedikit pun, walau pun sekadar menunjukkan wajah yang berseri ketika bertemu dengan saudaramu”

( HR Muslim )


“Hai orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan batil kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama suka di antara kamu,

( An-Nisa : 29 )


“Kecelakaan besar bagi orang yang curang, iaitu orang yang apabila menerima tukaran daripada orang lain, mereka meminta dipenuhi dan apabila mereka menukar atau menimbang untuk orang lain, mereka sengaja mengurangkan.”

( Al Mutaffifin: 1-3 )


“Sumpah palsu itu merosakkan perniagaan dan melenyapkan keberkatan pekerjaan”

( HR Bukhari dan Muslim )


“Penuhilah janji, sesungguhnya janji itu pasti diminta tanggungjawabnya.”

( Al-Isra’: 34 )


“Hai, orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang kamu tidak perbuat? Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa yang kamu tidak lakukan.”

( AshShaf : 2-3 )


“Tanda orang munafik ( beriman palsu ) itu tiga: Apabila dia berbicara berdusta, jika berjanji mengingkari dan jika diberi amanat, dia berkhianat”

( HR Muslim )


“Kemudian kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya ( neraka ), kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh; maka bagi mereka pahala yang tidak putus-putusnya.”

( At Tiin : 5-6 )





PROGRAM JANA DUIT TERBARU!

JANA DUIT

ggmvpclub.com

Search Engine


Search This Blog

About Me

kemaman, terengganu, Malaysia
View my complete profile

My Blog List

  • Perniagaan Internet
    A.I – Buat video dengan 1 keyword sahaja
  • Mudah.my - The marketplace of Malaysia - Mudah.my
  • http://www.radioera.fm.com.my
  • AmBank Group: Personal Banking
  • Berita Harian Online
  • http://www.KWSP.gov.my
  • www.bursamalaysia.com/
  • Bursa Malaysia
  • www.marketiva.com.my
  • www.music.com.my
  • Welcome To CIMB
  • www.hpa.com.my
  • www.Malaysian National News Agency :: BERNAMA
  • nantok.propraxis.hop.clickbank.net?x=photo-np
  • www.maybank.com.my
  • Buat Duit Internet Percuma
  • iLuvislam.com/
  • Buat Duit Internet Percuma
  • www.pemudah.com.my
  • Sinar Harian :: Suara Cakna Komuniti Anda

Blog Archive

  • ▼  2009 (7)
    • ►  04/26 - 05/03 (1)
    • ►  05/03 - 05/10 (2)
    • ►  05/10 - 05/17 (1)
    • ►  05/24 - 05/31 (2)
    • ▼  06/14 - 06/21 (1)
      • KATA-KATA HIKMAH
  • ►  2010 (2)
    • ►  07/18 - 07/25 (2)
  • ►  2011 (1)
    • ►  11/06 - 11/13 (1)
  • ►  2015 (2)
    • ►  02/08 - 02/15 (2)

My Blog List

  • 2. aDaM
    - Teramat gembira menerima anugerah Tuhan, menimang cahayamata pertama. Pada umur 6 bulan
    14 years ago
  • 3. ikan-bakar
    RESEPI IKAN BAKAR - IKAN BAKAR Bahan 1 ekor ikan bawal atau ikan merah [bersihkan dan kelar] batang serai [ketuk] 5 helai daun limau purut 3 s/b jus asam jawa daun pisang...
    16 years ago
  • 4. kencana2008
    -

Followers

Picture Window theme. Powered by Blogger.